Inilah sebahagian temphan masa bulan posa n raya yg lepas....sebab tu la tak sempat2 nak update blog..........alhamdulilah semua tempahan dapat juga disiapkan walau x dapat tidu............


Selain dari buat kek inilah salah satu sumber pendapatan ku...menyediakkan perkhidmatan homestay.....so kepada sesiapa yang berminat untuk merasai kehidupan kampung kaum Kedayan di Pulau Labuan ini...hubungilah saya......selain dari ini adalagi 30 buah rumah yang turut menyediakan perkhidmatan homestay di Kg Bukit Kuda ini.......datanglah sebagai tetamu... pulanglah sebagai sahabat ....dan datang semula sebagai keluarga kami............

apa nak story ari ni yer.......nie bru balik dari ambiil report card anak aku 2 orang tu.............keputusan biasa ja...adalah peningkatan ......harap-harap nanti bila dah besar sikit taulah dia orang tu nak fikirkan masa depan dia org dengan lebih serius.....anak pun dah meningkat remaja.aku pasti banyak lagi cabaran dan dugaan dalam membesarkan mereka...apa tah lagi di zaman yang segala-galanya canggih ni..masalah sosial pun canggih-canggih.......kadang-kadang dalam terlalu berhati-hati masih adajuga yang tersandung.so hanya harapan dan doa yang dapat kita sandarkan.......


time ni semua orang demam bola..bola...fifa..fifa...world cup...n world cup....aku pula sekarang ni tengah demam kek...kek...n kek......fuh semangat mengebu-gebu bila sentuh soal kek...lam-lama badan aku ni pun jadi gebu mcm ke...hehe...x apalah yang penting hepi....
Ini keja aku ari ni....buat tuk tempahan urang pla.okla tu kan........

Ini pula kisah anak kedua ku yang lahir pada 17.12.1999....sebenarnya saya dijangkakan melahirkan pada 01.01.2000 (jangkaan doktor)...harap-harap anak tahun milinium lah masa tu..tapi dia nak keluar awal...actually saya bersalin kat umah arwah nenek masa tu..x sempat g hospital...sakitnya sekejap sangat.....konon2 x mau lama ditahan di hospitalla tu....masa tu saya tengah call huby saya di brunei suruh dia balik pagi tu juga coz saya kata saya dah nak bersalin sebaik sja letak telefon terasa kepala bby keluar........saya masuk ke bilik then teriak panggil arwah nenek..bila nenek dah sampai kat bilik bby dah pun tergolek kat lantai....hehe...berat bby i masa tu cuma 2.39 kg ja....alhamdulilah..semuanya selamat...anak kedua ni pun lahir jam 8.20 pagi lebih kurangla.....


Gambar ni masa saya bru melahirkan anak yang pertama (umur baby masa tu bru 2 minggu) 12 tahun lalu...hepi sgt2 bila ingat saat2 itu.....anak sya yang pertama dilahirkan jam 8.30 pagi dengan berat 2.58 kg sahaja..alhamdulilah masa melahirkan tidaklah sukar sangat..sakitnya sekejap sahaja.....masa ni ambil gambar anak coz nak buat paspport tuk dia....masa tu suami masih keja di Brunei so abis pantang nak ikut suami...kan tempat isteri di sisi suami...........




Inilah wajah2 dua orang puteraku....merekalah racun dan penawar dalam hidup ku......kedua-duanya..amat lasak....huh cabaran juga bagiku dalam membesarkan mereka...namun doaku semoga mereka akan menjadi anak yang soleh, berbudi bahasa dan hormatkan orang tua.......semua yang terbaik untuk mereka...

saya yakin semua orang tua akan mendoakan yg terbaik untuk anak-anakny...TAPI kenapa masih ada yang sanggup menjadi haruan, mendera anak sendiri sehingga maut, menjual anak sendiri dan semua itu dilakukan tanpa sebab yang nyata.......ada yang memberi alasan sebab tekanan hidup.tapi cubalah guna cara yang lain untuk melepaskan tekanan...kembalilah kepada Nya....merintih dan merayulah kepada yang Esa......